Penggunaan istilah yang jelas, tepat dan padat Wikipedia:Garis_panduan_penulisan_yang_lebih_baik

Penggunaaan ayat dan senarai pendek

Menggunakan ayat pendek bermakna menggunakan kata-kata yang berguna sahaja, serta lebih menggunakan tanda titik berbanding koma. Ia tidak bermaksud gunakan sedikit perkataan. Pertimbangkanlah pandangan dalam buku 1918nya, Unsur-unsur Gaya (The Elements of Style):

Penulisan yang bersemangat adalah padat. Segaris ayat harus tidak mengandungi perkataan yang sia-sia, sebuah perenggan tanpa ayat yang tidak berguna atas alasan yang sama dengan lukisan yang harus tidak mengandungi garis yang sia-sia dan mesin tanpa bahagian yang tidak berguna. Ini tidak memerlukan penulisan semua ayat yang pendek, ataupun pengelakan perincian sehingga rencana menjadi garis kasar, tetapi ia memerlukan setiap perkataan memberi maklumat.

Tapiskan setiap ayat untuk memperoleh "pati"nya. Ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang sia-sia tiada tempat di Wikipedia ini. Bagaimanapun, kepadatan bukanlah alasan untuk menghapuskan maklumat daripada sebuah rencana.

Prinsip kejutan yang terkurang

Gunakanlah prinsip kejutan yang terkurang. Anda harus merancang halaman dan pautan anda supaya semua hal kelihatan berpatutan. Jika pautan menujukan pembaca ke halaman yang tidak disangkai oleh pembaca, pastikanlah bahawa halaman itu adalah bermakna.

Contoh

Seorang pengguna hendak tahu mengenai loji kuasa nuklear yang meletup di Chernobyl. Halaman "Chernobyl" mengalihnya ke "Chornobyl", iaitu ejaan alternatif untuk bandar tersebut. Bagaimanapun, pengguna itu melihat pautan ke halaman yang dikehendaki, iaitu pautan ke halaman Kemalangan Chernobyl, dipaparkan secara ketara di bahagian atas halaman Chernobyl dan mengklikkannya.

Penggunaan 'merujuk kepada'

Rangkai kata merujuk kepada sering dilihat pada permulaan rencana Wikipedia. Umpamanya, rencana Seni bina komputer pada suatu masa di Wikipedia Bahasa Inggeris bermula dengan "Seni bina komputer merujuk kepada teori di belakang reka bentuk komputer." Tetapi ini tidak benar; adalah lebih baik untuk mengatakan "Seni bina komputer ialah teori di belakang reka bentuk komputer", seperti sekarang di Wikipedia tersebut. Sila perhatikan bahawa perkataan seni bina komputer merujuk kepada sebuah teori yang tertentu, bukannya mana-mana satu teori.

Kekadangnya, adalah sesuai untuk mengatakan bahawa "Istilah Perpecahan Agung merujuk kepada salah satu daripada dua perpecahan dalam sejarah agama Kristian", tetapi sering kalinya kata rangkum yang lebih mudah adalah lebih baik. Jika anda menyebut rangkai kata Perpecahan Agung, berbanding menggunakan rangkai kata untuk merujuk kepada salah satu daripada Perpecahan Agung, anda harus menulis rangkai kata itu dalam huruf condong untuk menunjukkannya.

Sila lihat: Pembezaan Guna-sebut

Semakkan fakta anda

Tulislah perkara yang benar: semakkan fakta anda. Jangan tulis perkara yang palsu. Ini memerlukan anda menyemakkan fakta yang anda mengatakan.

Ini merupakan bahagian yang asas dalam Menyebut sumber-sumber yang bagus... walaupun anda berpendapat bahawa anda mengetahui sesuatu, anda harus menyebut rujukan supaya dapat membuktikan kepada pembaca bahawa fakta itu benar. Dalam pencarian rujukan yang baik, anda mungkin dapat membelajari sesuatu yang baru.

Sila berhati-hati supaya tidak menghapuskan bahan yang mempunyai fakta yang benar. Seringnya, penyunting memasukkan bahan substantif tanpa memberikan rujukan. Jika anda cenderung menghapuskan bahan daripada rencana, semakkan bahan tersebut dahalu untuk memastikan kebenarannya. Jika bahan itu adalah benar dan disokong oleh rencana lain dalam internet, jangan menghapusnya. Sebuah ensiklopedia merupakan koleksi fakta. Jika seorang penyunting memberikan fakta, mungkin ada alasannya yang harus tidak dihiraukan. Namum, pertimbangkanlah sebuah fakta yang diberikan sebagai berpotensi. Adakah konteks ataupun penyampaian keseluruhannya yang menjadi persoalan? Jika fakta itu tidak sesuai untuk rencana ini, mungkinnya ia adalah sesuai untuk rencana yang lain.

Periksakanlah bahan-bahan yang anda telah memasukkan ke dalam rencana selepas penyemakan oleh penyunting lain. Adakah fakta tertinggal atau dihapus? Terdapat kemungkinan bahawa anda gagal dalam pemberian pengesahan yang mencukupi untuk fakta anda, ataupun bahan yang anda memasukkan memerlukan perhubungan yang lebih jelas dengan rencana tersebut. Lindunglah fakta-fakta anda, tetapi pastikan bahawa fakta disampaikan dengan bermakna.

Sila lihat juga: Wikipedia:Penentusahan

Elakkan istilah menyeluruh

Elakkan istilah menyeluruh kecuali anda telah menentusahkannya. Umpamanya, rencana Wilayah Montgomery mengatakan bahawa "daripada 18 wilayah Montgomery di Amerika Syarikat, kebanyakannya dinamakan mengikut nama Richard Montgomery". Ini merupakan penyataan menyeluruh. Mungkinnya ia memang benar, tetapi adakah ia dapat dipercayai? Dalam kes tersebut, penyunting di Wikipedia Bahasa Inggeris telah membuat penyelidikan untuk menentusahkannya. Tanpa penyelidikan, penyataan ini harus tidak dikemukakan. Adalah gagasan yang baik untuk menghuraikan penyelidikan yang telah dibuat ini dan menandatanganinya dalam halaman perbualan rencana tersebut.

Semakkan fiksyen anda

Nasihat untuk rencana berdasarkan fakta juga merangkumi rencana fiksyen. Pertimbangan yang lebih lanjut harus dibuat untuk penulisan fiksyen: rencana jenis ini bukan benar. Adalah amat penting bahawa rencana-rencana ini dapat ditentusahkan serta mempunyai sifat rencana ensiklopedia.

Jika anda memasukkan maklumat fiksyen, bezakanlah dengan jelas fakta dan fiksyen. Sebagaimana dengan rencana biasa, tentukanlah konteks supaya pembaca yang tidak biasa dengan perkara dalam rencana ini dapat gambaran tentang maksud rencana tanpa mengikuti banyak pautan. Jangan tulis:

"Trillian diambil dari Bumi oleh Zaphod sewaktu dia datang ke parti."

Tulislah:

"Trillian ialah watak fiksyen daripada siri radio, buku dan kini filem Panduan Penggembara ke Galaksi. Dia diambil dari Bumi dalam sebuah kapal angkasa lepas sewaktu Zaphod Beeblebrox datang ke parti. Serupa dengan Zaphod, Adams juga hendak Trillian menjelajah alam semesta dalam kapal angkasa lepas mereka. Dan sebagainya.

Karya fiksyen biasanya dianggap sebagai berlaku dalam waktu kini, tanpa mengira bilanya perbuatan dilakukan. Tulislah fiksyen dalam gaya bahawa perbuatan berlaku sekarang, bukannya sudah berlaku.

"Homer memberikan, Achilles naik radang, Andromache mengeluh, Priam merayu." "Darth Vader ialah watak fiksyen daripada Star Wars.""Holden Caulfield memandang hina apa yang dia melihat sebagai 'berpura-pura'.""Heathcliff, yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Earnshaw yang kaya jatuh cinta kepada Catherine, anak perempuan mereka."

Rencana mengenai topik fiksyen harus tidak merupakan laporan sahaja; sebaliknya, topik itu harus diterangkan melalui kepentingan karya itu. Pembaca harus berasa bahawa mereka memahami mengapa sesuatu watak, tempat atau peristiwa dimasukkan dalam karya fiksyen selepas membacana rencana itu. Pembaca harus memahami mengapa sesuatu watak/tempat/benda/peristiwa adalah penting untuk cerita itu.

Lazimnya, maklumat fiksyen yang tidak dapat ditentusahkan harus tidak dimasukkan dalam rencana; serupa juga dengan rencana yang menarik hanya beberapa pembaca, seperti fiksyen peminat dan permainan video berperanan internet (online role playing games). Dalam kes permainan main peranan, jika anda masih hendak menulis rencana itu, anda harus menyebut sumber-sumbernya.

Jika perkara, umpamanya watak pertunjukan TV, adalah amat terhad untuk mencipta rencana penuh, gabungkanlah maklumat watak itu dalam rencana yang lebih panjang. Adalah lebih baik untuk anda menulis rencana yang lebih panjang mengenai pertunjukan TV atau alam semesta fiksyen daripada mencipta sebarang rencana stub mengenai watak-watak yang tidak dapat dicari oleh pembaca. Dan jika anda dapat mencari banyak rencana stub fiksyen? Gabungkannya! Ciptakanlah sebuah halaman bertajuk Watak-watak X dan potong dan tampal supaya mencapai sebuah rencana watak yang kukuh, serta meninggalkan leretan pengalihan selepas itu!

Sila lihat juga: Wikipedia:Siri Fiksyen WikiProjek

Menumpukan kepada perkara rencana

Rencana yang paling mudah dibaca mengandungi maklumat sia-sia (atau maklumat yang cuma mempunyai sedikit perkaitan!) yang minimum. Sewaktu menulis rencan, anda mungkin mendapati bahawa anda telah menyimpang daripada tajuk. Jika anda mendapati demikian, pertimbangkanlah pemasukan maklumat tambahan ke rencana yang lain supaya ia lebih bersepadan dengan topik. Jika anda memberikan pautan ke rencana lain, pembaca yang minat pada topik sambilan mempunyai pilihan untuk membacanya, tetapi perhatian pembaca yang tidak minat tidak akan dialih olehnya.

Memerhatikan ejaan

Perhatikan ejaan, khususnya untuk nama halaman yang baru. Rencana yang mempunyai ejaan dan tatabahasa yang baik akan menggalakkan sumbangan lanjut yang mengandungi kandungan yang baik. Ejaan nama rencana yang tepat juga memudahkan penulis lain untuk mengaitkan rencana mereka kepada rencana anda. Kecuaian dalam satu aspek penulisan boleh menyebabkan kecuaian dalam aspek yang lain. Sentiasa menulis dengan seboleh-boleh anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Manual gaya penulisan.

Elakkan istilah yang terlalu bergaya (dipertikaikan)

Jangan menggunakan istilah merak jantan yang berlagak tanpa memberikan maklumat. Serupa juga, jangan menggunakan perkataan wesel yang mengemukakan pendapat tanpa sokongan, tetapi sebaliknya dipergunakan untuk memberi pandangan yang tidak berkecuali.

Contoh istilah merk jantan
yang penting...yang terunggul...yang terbaik...
yang paling berpengaruh...yang paling mustahak...yang teragung...
Contoh perkataan wesel
Ada orang yang mengatakan......dipandangkan secara meluas is .....dianggap secara meluas...
...telah dipanggil...Adalah dianggapi bahawa...Adalah dicadangan/diperhatikan/diputuskan...
Beberapa orang mempercayai...Telah dikatakan bahawa...Ada orang yang akan mengatakan...
Legenda mengatakan bahawa...Pengkritik mengatakan bahawa...Banyak/beberapa orang telah menuntut...

Percayakan pada perkara anda. Benarkan fakta mengatakan sendiri. Jika pemain hoki ais, kanton, atau spesies kumbang adalah bernilai, ia akan menimbul secara automatik daripada fakta-fakta ada.

Contoh pertama

Kekadangnya, cara untuk mengatasi istilah tersebut ialah untuk menyokong penyataan dengan fakta.

"Yanki adalah salah satu pasukan besbol yang terbaik dalam sejarah.""Yanki New York telah memenangi 26 kejohanan Siri Dunia — hampir-hampir tiga kali lebih daripada pasukan yang terdekat.

Dengan menggunakan maklumat yang berfakta, anda boleh mengelakkan pengemukaan sebarang pendapat.

Contoh ke-2

Pertimbangkanlah kedua-dua contoh yang berikut. Yang manakah lebih menarik untuk pembacaan?

William Peckenridge, Duke Omnium yang kelapan (1642? - 8 Mei 1691) dianggap secara meluas sebagai salah seorang yang paling mustahak untuk mendapat gelaran itu.William Peckenridge, Duke Omnium yang kelapan (1642? - 8 Mei 1691) adalah kaunselor peribadi bagi King James I, jeneral dalam Perang-perang Roses, ahli kimia, ketua kumpulan muzik, serta pengarah kongsi gelap Liga Lelaki-lelaki Luar Biasa. Beliau memperluaskan gelaran Omnium melalui perlindungan Guiana serta hak pembatalan perlantikan-perlantikan perkhidmatan awam di India.

Contoh yang pertama cuma memberitahu pembaca bahawa William Peckenridge adalah orang yang penting. Contoh yang kedua menunjukkan kepada pembaca bahawa beliau adalah orang yang penting.

Contoh ke-3

Jika anda ingin merujuk kepada pendapat, pastikan dahulu bahawa pendapat itu diberikan oleh orang yang mempunyai kedudukan dalam perkara tersebut. Pandangan mengenai bekas Presiden Amerika Syarikat Gerald Ford oleh Henry Kissinger adalah lebih menarik bagi pembaca berbanding pendapat guru sekolah anda. Kemudian, namakanlah orang yang berpendapat itu, seelok-eloknya dengan pemberian sumber petikan. Bandingkanlah yang berikut:

Beberapa pengkritik George W. Bush telah mengatakan bahawa beliau mempunyai kecerdasan yang rendah.Pengarang Michael Moore dalam bukunya Orang Putih Bodoh telah menulis sepucuk surat terbuka kepada George Bush. Dalam surat itu, dia bertanya, "George, adakah anda boleh membaca dan menulis pada tahap orang dewasa?".

Pengecualian

Apa yang tertulis diatas bukanlah peraturan yang muktamad. Sewaktu mengulangi pandangan yang sudah mantap, mungkinnya lebih mudah untuk mengatakan "Sebelum Nicholas Copernicus, kebanyakan orang berfikir bahawa Matahari beredar mengelilingi Bumi" berbanding pemberian perincian dan sumbernya; khasnya jika penyataan ini merupakan sebahagian kecil daripada rencana anda. Bagaimanapun, jangan terkejut jika pengguna lain kemudian menyoal sumber anda ataupun menukarkan rangkai kata anda.

Nyatakan ketinggalan

Nyatakanlah ketinggalan dengan eksplisit sewaktu mencipta ataupun menyunting rencana. Sewaktu menulis rencana, sentiasa mencuba mencapai kesempurnaan. Jika anda tidak dapat menulis mengenai satu perkara yang harus ditulis, nyatakanlah ketinggalan itu secara eksplisit. Anda boleh berbuat demikian melalui ketinggalan nota dalam halaman perbualan ataupun melalui komen HTML dalam teks serta memasukkan pemberitahuan di bawah rencana mengenai ketinggalan tersebut. Perbuatan ini mempunyai dua tujuan: ia menarik pengguna lain untuk memberi sumbangan, serta menarik perhatian pengguna yang bukan pakar bahawa rencana itu tidak memberikan gambaran yang seluruh.

Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia usaha sama — kita bekerja sama untuk mencapai apa yang kita tidak dapat mencapai pada diri sendiri. Setiap aspek yang anda telah melaksanakan bermakna anda mengurangkan kerja orang lain; tambahan pula, anda mungkin melaksanakan sesuatu yang orang lain tidak pernah berfikir, tetapi adalah mustahak untuk rencana tersebut. Masukkan {{untuk dilakukan}} pada bahagian atas dalam halaman perbualan untuk rencana yang anda telah menentukan matlamat, keutamaan atau perkara untuk dilakukan.